SELAMAT DATANG KE IRASURIAVENTURE.BLOGSPOT.COM





JEJAK PENUBUHAN

Diasaskan dari sebuah syarikat milik tunggal seawal 1999 yang menjurus kepada aktiviti baikpulih perkakasan, pusat latihan komputer serta khidmat rundingan pembangunan perisian dan rangkaian. Masih mengekalkan khidmat kepada pelanggan sedia ada malah mampu meneroka pasaran baru melalui jalinan perniagaan dan usahasama dengan beberapa syarikat pimpinan usahawan ICT yang berjaya dalam bidang berikut :

  • Bidang pembekalan perkakasan, perisian, aksesori dan produk rangkaian komputer.
  • Bidang perkhidmatan rundingan dan latihan komputer.
  • Bidang pembangunan sistem dan pangkalan data, rekabentuk laman web dan multimedia.
  • Bidang rundingan pemasaran, perkhidmatan pelanggan serta pengurusan acara.
  • Kemantapan strategi perniagaan dan kesepaduan tadbir urus akhirnya membuka ruang kepada penubuhan IRASURIA VENTURE SDN. BHD. sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang telah diperbadankan menurut Akta Syarikat 1965 tanggal 13hb. Februari 2005.


MISI DAN VISI

Bercita-cita menjadi syarikat yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran globalisasi dan bertekad untuk muncul antara syarikat yang terulung dalam industri ICT. Sasaran dan halatuju syarikat ke arah membentuk penjenamaan korporat dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti sebagai :

  • Pusat perkhidmatan, pembangunan dan latihan ICT.
  • Pusat bekalan perkakasan, perisian dan rangkaian komputer.
  • Pusat perkhidmatan dan senggaraan selepas jualan.
  • Pusat rundingan dan perkembangan perniagaan ICT.



Syarikat akan sentiasa memastikan warga kerjanya proaktif terhadap perubahan dan sentiasa mendalami pengetahuan serta meningkatkan kemahiran diri dalam bidang-bidang berkaitan. Berteraskan falsafah perkhidmatan dan pembangunan modal insan, warga syarikat akan
berusaha memberi perkhidmatan kelas pertama demi memenuhi keperluan pelanggan. Justeru, sokongan sektor korporat mahupun jabatan kerajaan amatlah diperlukan. Bagi mengekal integriti dan memantapkan organisasi, seluruh warga kerja beriltizam untuk :

  • Menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap piawaian etika dan mengutamakan ketinggian tahap profesionalisme.
  • Memberi perkhidmatan yang munasabah dan memuaskan dalam menjana pendapatan kepada syarikat.
  • Menjana pendapatan secara sistematik melalui kecekapan dan pengambilan keputusan yang cepat dan tepat.